Friday, 9 October 2015

Qasidah " Kisah Sang Rasul"

First time dengar Qasidah ni terus jatuh cinta, terus cari lirik kt internet dan inilah hasilnya. Saya sangat suka dengan alunan irama yg santai dan konten yg sangat bermakna untuk kita umat Islam untuk lebih kenal dan mengingati sirah dan nasab Nabi kita Muhammad s.a.w . Saya pasti anak2 mudah untuk menghafal lagu Qasidah ini dan secara tidak lagsung membantu mereka untuk mengetahui dan menjawab exam bagi subjek sirah khususnya murid Sek Agama JAIS. Marilah kita hafal sma2, pasti tidak rugi. Selain dapat pahala ia juga akan menambahkan kecintaan kita kepada Nabi kita Muhammad S.A.w.

Saturday, 22 August 2015

~I'broh Program Haul alhadad~

Malam td berkesempatan menyertai program Haul Imam alhadad yg dijalankan di masjid negeri shah alam..alhamdulillah dpat mendengar tausiyah (nasihat)dari Habib Ali Zenal Abidin, Habib Jindan , Habib Abu Bakar dn ramai lg..satu perkara yg saya pegang dn in shaa allah akan selalu ingat dn mengamalknnya ialah pesanan al habib Ali menerusi hadith Nabi yg berbunyi " khairan nas anfa'ahum linnas" maksudnya sebaik2 manusia adalah yang banyak mendatangkan manfaat kpd org lain..semoga hadis ini menjadi inspirasi diri saya utk menjadi yg terbaik kpd smua org di sekeliling sya..terutama suami tercinta dn adik beradik serta keluarga..

Thursday, 26 March 2015

~ Kisah Tentera Bergajah~

Ini adalah Surah Al-Fil. Surah ini menceritakan tentang peristiwa tentera bergajah. Ustazah yakin anak didik ustazah masih ingat lagi tentang kisah ini yang kita pelajari sebelum ujian prestasi 1 pada 9 -12 Mac yang lalu. Sebagai kesimpulan dari kisah ini ialah tentera Habshah yang di ketuai oleh Abrahah telah datang ke mekah untuk meruntuhkan ka'abah dengan menunggang gajah, lalu Allah arah dan kirimkan burung abalil yang membawa batu hitam yang sangat panas untuk memusnahkan semua tentera Abrahah. Akhirnya ka'abah terselamat dengan peliharaan Allah.

Wednesday, 25 March 2015

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW

Kurma adalah makanan kegemaran Nabi kita Muhammad saw. Sebagai hamba Allah dan Umat kepada Nabi Muhammad saw, kita digalakkan untuk melazimi memakan buah kurma sebagai tanda mengikuti sunnah Rasulullah saw. Selain itu, buah kurma mengandungi banyak khasiat. Di antara khasiatnya, mumudahkan proses pencernaan, mengekalkan daya ingatan yang kuat dan mampu memberi tenaga yang luar biasa jika ia diamalkan pada setiap hari sebelum sarapan pagi. Kepada murid-murid disarankan untuk mengamalkan makan buah kurma supaya dapat mengingati pelajaran yang diajar di sekolah dengan lebih lama dan kekal.

Monday, 16 March 2015

Pohon kurma merindui Nabi SAW

Alhamdulillah,,, masih segar dalam ingatan ustazah tentang kisah pohon kurma merindui Nabi kita Muhammad saw. Ustazah ringkaskan cerita ini supaya mudah anak didik ustazah nak faham dan boleh ingat smpai bila-bila seperti segarnya ingatan ustazah tentang kisah ini dari dahulu sehingga sekarang dan in shaa allah sampai bila-bila.  pada suatu hari, Nabi Muhammad saw sedang memberi khutbah di atas mimbar, tiba-tiba Baginda terdengar suara tangisan yang semakin lama semakin kuat dan didengari oleh semua jamaah yang hadir sehingga suara nabi tidak jelas kedengaran. Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah, suara apakah itu?? Nabi menjawab, itu suara pohon kurma yang merindui aku, lalu Nabi Muhammad turun dari mimbar dan terus pergi ke dahan kurma yang sebelum ini menjadi tempat sandaran Nabi semasa memberikan khutbah sebelum adanya mimbar, lalu Nabi memeluk dan membelai pelepah kurma itu seperti seorang ibu yang ingin mendodoikan anaknya supaya tidur dengan penuh kasih sayang dan kelembutan..bergitualh sifat kasihnya Rasulullah dan di sini kita dapat bayangkan pohon kurma yang tidak bernyawa pun merindui akan Nabi kenapa kita manusia yang Allah kurniakn aqal tidak boleh mencintai Rasullah saw lebih dari segalanya..jadi kita hendaklah selalu berselawat kepada Baginda.

Tuesday, 10 February 2015

~ nota untuk jawab ujian ~

secara jujurnya ustazah nangis bila dengar lagu "Nabi anak yatim " ni..sebab ustazah juga menjadi anak yatim semasa usia 13 tahun dan ibu ustazah baru dua tahun lepas meninggal dunia..al-fatihah buat Mereka..apa yang ustazah nak kongsikan dengan anak didik ustazah semua ialah lagu ini banyak memberikan pengajaran pada kita supaya tabah dan kuat untuk meneruskan perjuangan hidup walaupun kedua orang yang kita sayang sudah tiada kerana kematian itu PASTI, setiap orang yang bernyawa pasti akan mati..selain daripada itu, lirik lagu ini adalah sejarah yang kita pelajari dalam buku sirah tahun 3, jadi pada siapa yang dapat hafal lagu ini in shaa Allah dapat membantu anda menjawab soalan periksa nanti..haa..mudahkan..berhiburpun dapat,jawab periksa pn dapat..2 IN 1 hihi

Raihan - Ya Nabi Salamun Alaika

,seperti biasa sebelum ustazah memulakan pengajaran sirah di kelas ustazah akan mulakan dengan bacaan selawat. di sini juga ustazah sediakan lagu selawat untuk anak didik ustazah semua..semoga dengan kita berselawat dapat menambahkan kecintaan kita kepada Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

~ ISI KANDUNGAN SIRAH TAHUN 3 ~

ISI KANDUNGAN

PELAJARAN PERTAMA: NASAB NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 1.1 KEMULIAAN BANGSA ARAB QURAISY
UNIT 1.2 NASAB NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELAH BAPANYA
UNIT 1.3 NASAB NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELAH IBUNYA
UNIT 1.4 PERTEMUAN NASAB NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 1.5 IKTIBAR KEMULIAAN BANGSA NABI MUHAMMAD S.A.W
PELAJARAN KEDUA: PERISTIWA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 2.1 SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 2.2 SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 2.3 SELEPAS KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 2.4 IKTIBAR DARI PERISTIWA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
PELAJARAN KETIGA: AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 3.1 IKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W.  KETIKA KANAK-KANAK
UNIT 3.2 IKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W.  KETIKA REMAJA
UNIT 3.3 IKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W.  KETIKA DEWASA
UNIT 3.4 MENDAPAT GELARAN AL-AMIIN
PELAJARAN KEEMPAT : PEKERJAAN NABI MUHAMMAD S.AW
UNIT 4.1 NABI MUHAMMAD S.AW. MENGGEMBALA KAMBING
UNIT 4.2 NABI MUHAMMAD S.A.W. BERNIAGA
UNIT 4.3 BARANG DAGANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. BERNIAGA
PELAJARAN KELIMA: PERGAULAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
UNIT 5.1 CARA PERGAULAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 5.2 PERGAULAN NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN SAHABAT
UNIT 5.3 IKTIBAR PERGAULAN NABI MUHAMMAD S.AW
PELAJARAN KEENAM: RUMAHTANGGA NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 6.1 SIFAT MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM BERKELUARGA

UNIT 6.2 PEPERANGAN UHUD

Tuesday, 3 February 2015

~ KITAB SIRAH TAHUN 3 ~

Sebelum ustazah nak cerita tentang isi kandungan tentang subjek Sirah. Di sini ustazah sediakan gambar kitab Sirah yang sedang dipelajari oleh semua anak didik ustazah yang terdiri daripada kelas 3uia,3um,3ukm,3usm dan 3upm. saja ustazah masukkan gambar ini supaya kamu semua tidak samar kerana kitab sirah dan feqah hampir sama dari segi luarannya. #jangankelirulagi tau =))

~ KHAS UNTUK KALIAN ~

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan blog ini menyepi hari ini ustazah bermujahadah untuk meneruskan penulisan blog ini sepertimana yang dirancang pada coretan Awal Kalam terdahulu. Sebagai kesinambungan daripada coretan di ruangan Awal Kalam, di sini ustazah ingin menegaskan bahawa tujuan utama blog ini dibina adalah untuk memuat naik segala aktiviti dan perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran untuk subjek Sirah darjah 3UKM, 3UIA, 3USM, 3UPM DAN 3UM khusus bagi pelajar SRA Kg Medan Petaling Jaya Selangaor dan Amnya pada semua pelajar di luar sana yang berminat untuk mengetahui tentang Sirah Nabawiyah Junjungan besar Nabi Muhammada S.A.W. . Bertepatan dengan zaman Teknologi yang canggih ini, in shaa Allah blog ini akan memuat naik pelbagai pendekatan dan kaedah pembelajaran Sirah yang memudahkan pelajar untuk lebih mudah mengingat fakta-fakta sejarah dan membuat ulangkaji serta mendapatkan maklumat berkaitan subjek sirah dengan hanya mengakses blog ini sama ada melalui Telefon Pintar atau Laptop tanpa anda perlu membawa buku kemana-mana.