Thursday, 26 March 2015

~ Kisah Tentera Bergajah~

Ini adalah Surah Al-Fil. Surah ini menceritakan tentang peristiwa tentera bergajah. Ustazah yakin anak didik ustazah masih ingat lagi tentang kisah ini yang kita pelajari sebelum ujian prestasi 1 pada 9 -12 Mac yang lalu. Sebagai kesimpulan dari kisah ini ialah tentera Habshah yang di ketuai oleh Abrahah telah datang ke mekah untuk meruntuhkan ka'abah dengan menunggang gajah, lalu Allah arah dan kirimkan burung abalil yang membawa batu hitam yang sangat panas untuk memusnahkan semua tentera Abrahah. Akhirnya ka'abah terselamat dengan peliharaan Allah.

Wednesday, 25 March 2015

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW

Kurma adalah makanan kegemaran Nabi kita Muhammad saw. Sebagai hamba Allah dan Umat kepada Nabi Muhammad saw, kita digalakkan untuk melazimi memakan buah kurma sebagai tanda mengikuti sunnah Rasulullah saw. Selain itu, buah kurma mengandungi banyak khasiat. Di antara khasiatnya, mumudahkan proses pencernaan, mengekalkan daya ingatan yang kuat dan mampu memberi tenaga yang luar biasa jika ia diamalkan pada setiap hari sebelum sarapan pagi. Kepada murid-murid disarankan untuk mengamalkan makan buah kurma supaya dapat mengingati pelajaran yang diajar di sekolah dengan lebih lama dan kekal.

Monday, 16 March 2015

Pohon kurma merindui Nabi SAW

Alhamdulillah,,, masih segar dalam ingatan ustazah tentang kisah pohon kurma merindui Nabi kita Muhammad saw. Ustazah ringkaskan cerita ini supaya mudah anak didik ustazah nak faham dan boleh ingat smpai bila-bila seperti segarnya ingatan ustazah tentang kisah ini dari dahulu sehingga sekarang dan in shaa allah sampai bila-bila.  pada suatu hari, Nabi Muhammad saw sedang memberi khutbah di atas mimbar, tiba-tiba Baginda terdengar suara tangisan yang semakin lama semakin kuat dan didengari oleh semua jamaah yang hadir sehingga suara nabi tidak jelas kedengaran. Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah, suara apakah itu?? Nabi menjawab, itu suara pohon kurma yang merindui aku, lalu Nabi Muhammad turun dari mimbar dan terus pergi ke dahan kurma yang sebelum ini menjadi tempat sandaran Nabi semasa memberikan khutbah sebelum adanya mimbar, lalu Nabi memeluk dan membelai pelepah kurma itu seperti seorang ibu yang ingin mendodoikan anaknya supaya tidur dengan penuh kasih sayang dan kelembutan..bergitualh sifat kasihnya Rasulullah dan di sini kita dapat bayangkan pohon kurma yang tidak bernyawa pun merindui akan Nabi kenapa kita manusia yang Allah kurniakn aqal tidak boleh mencintai Rasullah saw lebih dari segalanya..jadi kita hendaklah selalu berselawat kepada Baginda.