Friday 9 October 2015

Qasidah " Kisah Sang Rasul"

First time dengar Qasidah ni terus jatuh cinta, terus cari lirik kt internet dan inilah hasilnya. Saya sangat suka dengan alunan irama yg santai dan konten yg sangat bermakna untuk kita umat Islam untuk lebih kenal dan mengingati sirah dan nasab Nabi kita Muhammad s.a.w . Saya pasti anak2 mudah untuk menghafal lagu Qasidah ini dan secara tidak lagsung membantu mereka untuk mengetahui dan menjawab exam bagi subjek sirah khususnya murid Sek Agama JAIS. Marilah kita hafal sma2, pasti tidak rugi. Selain dapat pahala ia juga akan menambahkan kecintaan kita kepada Nabi kita Muhammad S.A.w.

Saturday 22 August 2015

~I'broh Program Haul alhadad~

Malam td berkesempatan menyertai program Haul Imam alhadad yg dijalankan di masjid negeri shah alam..alhamdulillah dpat mendengar tausiyah (nasihat)dari Habib Ali Zenal Abidin, Habib Jindan , Habib Abu Bakar dn ramai lg..satu perkara yg saya pegang dn in shaa allah akan selalu ingat dn mengamalknnya ialah pesanan al habib Ali menerusi hadith Nabi yg berbunyi " khairan nas anfa'ahum linnas" maksudnya sebaik2 manusia adalah yang banyak mendatangkan manfaat kpd org lain..semoga hadis ini menjadi inspirasi diri saya utk menjadi yg terbaik kpd smua org di sekeliling sya..terutama suami tercinta dn adik beradik serta keluarga..

Thursday 26 March 2015

~ Kisah Tentera Bergajah~

Ini adalah Surah Al-Fil. Surah ini menceritakan tentang peristiwa tentera bergajah. Ustazah yakin anak didik ustazah masih ingat lagi tentang kisah ini yang kita pelajari sebelum ujian prestasi 1 pada 9 -12 Mac yang lalu. Sebagai kesimpulan dari kisah ini ialah tentera Habshah yang di ketuai oleh Abrahah telah datang ke mekah untuk meruntuhkan ka'abah dengan menunggang gajah, lalu Allah arah dan kirimkan burung abalil yang membawa batu hitam yang sangat panas untuk memusnahkan semua tentera Abrahah. Akhirnya ka'abah terselamat dengan peliharaan Allah.

Wednesday 25 March 2015

Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW

Kurma adalah makanan kegemaran Nabi kita Muhammad saw. Sebagai hamba Allah dan Umat kepada Nabi Muhammad saw, kita digalakkan untuk melazimi memakan buah kurma sebagai tanda mengikuti sunnah Rasulullah saw. Selain itu, buah kurma mengandungi banyak khasiat. Di antara khasiatnya, mumudahkan proses pencernaan, mengekalkan daya ingatan yang kuat dan mampu memberi tenaga yang luar biasa jika ia diamalkan pada setiap hari sebelum sarapan pagi. Kepada murid-murid disarankan untuk mengamalkan makan buah kurma supaya dapat mengingati pelajaran yang diajar di sekolah dengan lebih lama dan kekal.

Monday 16 March 2015

Pohon kurma merindui Nabi SAW

Alhamdulillah,,, masih segar dalam ingatan ustazah tentang kisah pohon kurma merindui Nabi kita Muhammad saw. Ustazah ringkaskan cerita ini supaya mudah anak didik ustazah nak faham dan boleh ingat smpai bila-bila seperti segarnya ingatan ustazah tentang kisah ini dari dahulu sehingga sekarang dan in shaa allah sampai bila-bila.  pada suatu hari, Nabi Muhammad saw sedang memberi khutbah di atas mimbar, tiba-tiba Baginda terdengar suara tangisan yang semakin lama semakin kuat dan didengari oleh semua jamaah yang hadir sehingga suara nabi tidak jelas kedengaran. Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah, suara apakah itu?? Nabi menjawab, itu suara pohon kurma yang merindui aku, lalu Nabi Muhammad turun dari mimbar dan terus pergi ke dahan kurma yang sebelum ini menjadi tempat sandaran Nabi semasa memberikan khutbah sebelum adanya mimbar, lalu Nabi memeluk dan membelai pelepah kurma itu seperti seorang ibu yang ingin mendodoikan anaknya supaya tidur dengan penuh kasih sayang dan kelembutan..bergitualh sifat kasihnya Rasulullah dan di sini kita dapat bayangkan pohon kurma yang tidak bernyawa pun merindui akan Nabi kenapa kita manusia yang Allah kurniakn aqal tidak boleh mencintai Rasullah saw lebih dari segalanya..jadi kita hendaklah selalu berselawat kepada Baginda.