secara jujurnya ustazah nangis bila dengar lagu "Nabi anak yatim " ni..sebab ustazah juga menjadi anak yatim semasa usia 13 tahun dan ibu ustazah baru dua tahun lepas meninggal dunia..al-fatihah buat Mereka..apa yang ustazah nak kongsikan dengan anak didik ustazah semua ialah lagu ini banyak memberikan pengajaran pada kita supaya tabah dan kuat untuk meneruskan perjuangan hidup walaupun kedua orang yang kita sayang sudah tiada kerana kematian itu PASTI, setiap orang yang bernyawa pasti akan mati..selain daripada itu, lirik lagu ini adalah sejarah yang kita pelajari dalam buku sirah tahun 3, jadi pada siapa yang dapat hafal lagu ini in shaa Allah dapat membantu anda menjawab soalan periksa nanti..haa..mudahkan..berhiburpun dapat,jawab periksa pn dapat..2 IN 1 hihi
Tuesday 10 February 2015
Raihan - Ya Nabi Salamun Alaika
,seperti biasa sebelum ustazah memulakan pengajaran sirah di kelas ustazah akan mulakan dengan bacaan selawat. di sini juga ustazah sediakan lagu selawat untuk anak didik ustazah semua..semoga dengan kita berselawat dapat menambahkan kecintaan kita kepada Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
~ ISI KANDUNGAN SIRAH TAHUN 3 ~
ISI KANDUNGAN
PELAJARAN PERTAMA: NASAB NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 1.1 KEMULIAAN BANGSA ARAB QURAISY
UNIT 1.2 NASAB NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELAH BAPANYA
UNIT 1.3 NASAB NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELAH IBUNYA
UNIT 1.4 PERTEMUAN NASAB NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 1.5 IKTIBAR KEMULIAAN BANGSA NABI MUHAMMAD S.A.W
PELAJARAN KEDUA: PERISTIWA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD
S.A.W
UNIT 2.1 SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 2.2 SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 2.3 SELEPAS KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 2.4 IKTIBAR DARI PERISTIWA KELAHIRAN NABI
MUHAMMAD S.A.W
PELAJARAN KETIGA: AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 3.1 IKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W. KETIKA KANAK-KANAK
UNIT 3.2 IKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W. KETIKA REMAJA
UNIT 3.3 IKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W. KETIKA DEWASA
UNIT 3.4 MENDAPAT GELARAN AL-AMIIN
PELAJARAN KEEMPAT : PEKERJAAN NABI MUHAMMAD S.AW
UNIT 4.1 NABI MUHAMMAD S.AW. MENGGEMBALA KAMBING
UNIT 4.2 NABI MUHAMMAD S.A.W. BERNIAGA
UNIT 4.3 BARANG DAGANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. BERNIAGA
PELAJARAN KELIMA: PERGAULAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
UNIT 5.1 CARA PERGAULAN NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 5.2 PERGAULAN NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN SAHABAT
UNIT 5.3 IKTIBAR PERGAULAN NABI MUHAMMAD S.AW
PELAJARAN KEENAM: RUMAHTANGGA NABI MUHAMMAD S.A.W
UNIT 6.1 SIFAT MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM
BERKELUARGA
UNIT 6.2 PEPERANGAN UHUD
Tuesday 3 February 2015
~ KITAB SIRAH TAHUN 3 ~
Sebelum ustazah nak cerita tentang isi kandungan tentang subjek Sirah. Di sini ustazah sediakan gambar kitab Sirah yang sedang dipelajari oleh semua anak didik ustazah yang terdiri daripada kelas 3uia,3um,3ukm,3usm dan 3upm. saja ustazah masukkan gambar ini supaya kamu semua tidak samar kerana kitab sirah dan feqah hampir sama dari segi luarannya. #jangankelirulagi tau =))
~ KHAS UNTUK KALIAN ~
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan blog
ini menyepi hari ini ustazah bermujahadah untuk meneruskan penulisan blog ini
sepertimana yang dirancang pada coretan Awal Kalam terdahulu. Sebagai
kesinambungan daripada coretan di ruangan Awal Kalam, di sini ustazah ingin menegaskan
bahawa tujuan utama blog ini dibina adalah untuk memuat naik segala aktiviti
dan perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran untuk subjek Sirah darjah 3UKM,
3UIA, 3USM, 3UPM DAN 3UM khusus bagi pelajar SRA Kg Medan Petaling Jaya Selangaor
dan Amnya pada semua pelajar di luar sana yang berminat untuk mengetahui
tentang Sirah Nabawiyah Junjungan besar Nabi Muhammada S.A.W. . Bertepatan
dengan zaman Teknologi yang canggih ini, in shaa Allah blog ini akan memuat
naik pelbagai pendekatan dan kaedah pembelajaran Sirah yang memudahkan pelajar
untuk lebih mudah mengingat fakta-fakta sejarah dan membuat ulangkaji serta
mendapatkan maklumat berkaitan subjek sirah dengan hanya mengakses blog ini
sama ada melalui Telefon Pintar atau Laptop tanpa anda perlu membawa buku
kemana-mana.
Subscribe to:
Posts (Atom)