Monday, 16 March 2015

Pohon kurma merindui Nabi SAW

Alhamdulillah,,, masih segar dalam ingatan ustazah tentang kisah pohon kurma merindui Nabi kita Muhammad saw. Ustazah ringkaskan cerita ini supaya mudah anak didik ustazah nak faham dan boleh ingat smpai bila-bila seperti segarnya ingatan ustazah tentang kisah ini dari dahulu sehingga sekarang dan in shaa allah sampai bila-bila.  pada suatu hari, Nabi Muhammad saw sedang memberi khutbah di atas mimbar, tiba-tiba Baginda terdengar suara tangisan yang semakin lama semakin kuat dan didengari oleh semua jamaah yang hadir sehingga suara nabi tidak jelas kedengaran. Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah, suara apakah itu?? Nabi menjawab, itu suara pohon kurma yang merindui aku, lalu Nabi Muhammad turun dari mimbar dan terus pergi ke dahan kurma yang sebelum ini menjadi tempat sandaran Nabi semasa memberikan khutbah sebelum adanya mimbar, lalu Nabi memeluk dan membelai pelepah kurma itu seperti seorang ibu yang ingin mendodoikan anaknya supaya tidur dengan penuh kasih sayang dan kelembutan..bergitualh sifat kasihnya Rasulullah dan di sini kita dapat bayangkan pohon kurma yang tidak bernyawa pun merindui akan Nabi kenapa kita manusia yang Allah kurniakn aqal tidak boleh mencintai Rasullah saw lebih dari segalanya..jadi kita hendaklah selalu berselawat kepada Baginda.

5 comments:

  1. Assalamualaikum best baca cerita ini..terima kasih ustazah sebab berkongsi ilmu...
    Rindu pada Rasulullah S.A.W.....

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam Hani, Sollu a'lan Nabi. Sama-sama kita menyelusuri sirah Rasulullah saw :)

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah...pokok pun boleh teresak2 merindui nabi. Kita ni macam mana keadaan hati kita dengan Nabi kita yang telah banyak berjasa. :'(

    Sollu 'alan nabiy. Moga kita menjadi ummat yang mengenang jasa baginda.

    ReplyDelete
  4. SubhanaAllah...pokok pun boleh teresak2 merindui nabi. Kita ni macam mana keadaan hati kita dengan Nabi kita yang telah banyak berjasa. :'(

    Sollu 'alan nabiy. Moga kita menjadi ummat yang mengenang jasa baginda.

    ReplyDelete
  5. Betul tu iena, byk i'tibar yg kita boleh ambil sbg muhasahab dri menerusi kisah ni..sollu a'lan nabi

    ReplyDelete